Bantu daftar vaksin luar bandar

Iklan
PKD Bukti Kapar.

KLANG- Pusat Komuniti Desa (PKD) yang diaktifkan sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula Khamis di seluruh negara akan memberikan manfaat kepada penduduk sekitar untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Pengurus PKD Bukit Kapar, Siti Zubaidah Mohd Hassan berkata, pengurus-pengurus PKD akan menjadi petugas barisan hadapan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membantu penduduk luar bandar mendaftarkan diri mereka secara dalam talian (online).

Iklan
Iklan

Katanya, segelintir penduduk yang datang ke tempat itu kurang mahir menggunakan komputer untuk mendaftar.

"Jadi kami sebagai pemudah cara akan membantu mereka membuat pendaftaran secara online.

Iklan

"Pada masa sama, kami juga memberikan penerangan kepada mereka mengenai vaksin sekali gus membantu mereka mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenainya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.