SPA tangguh temu duga, ujian

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menangguhkan urusan temu duga dan pelbagai ujian yang dijadualkan dari 23 Mei hingga 8 Jun depan di seluruh negara.

Dalam kenyataan pada Rabu, suruhanjaya itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat bagi menyokong usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mengurangkan pergerakan calon, panel temu duga dan panel penilai yang terlibat.

Iklan
Iklan

Katanya, antara ujian yang ditangguhkan termasuk ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal serta pancaindera dan kecergasan.

"Urusan peperiksaan secara dalam talian pada tempoh ini akan dilaksanakan mengikut yang dijadualkan.

Iklan
Iklan

"Penjadualan semula tarikh temu duga bagi tempoh yang terlibat akan dimaklumkan melalui e-mel. Calon juga boleh menyemak urusan berkenaan melalui portal rasmi dan FB SPA,” menurut kenyataan itu. - Bernama