Laluan masuk, keluar Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup sementara
Iklan
ALOR SETAR - Laluan masuk dan keluar di Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup sementara bermula Rabu sehingga 1 Jun depan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Kota Setar.
PLUS Malaysia Berhad dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan, semua pelanggan lebuh raya boleh menggunakan laluan di Plaza Tol Alor Setar Utara untuk masuk dan keluar dari Alor Setar.