Kes Covid-19 harian India turun bawah 300,000 buat pertama kali

Iklan
Kementerian Kesihatan India pada Isnin melaporkan 281,386 kes Covid-19 baharu yang disahkan dalam tempoh 24 jam terakhir. Foto: AFP

NEW DELHI - Kementerian Kesihatan India pada Isnin melaporkan 281,386 kes Covid-19 baharu yang disahkan dalam tempoh 24 jam terakhir, satu angka di bawah paras 300,000 yang disaksikan buat kali pertama sejak 21 April, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sementara itu, 4,106 kematian yang berkaitan dilaporkan di seluruh negara pada Isnin, meningkatkan jumlah kematian di negara ini kepada 274,390.

Iklan
Iklan

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang disahkan kini meningkat kepada 24,965,463, kata kementerian itu.

India yang menghadapi gelombang kedua Covid-19 mencatatkan purata lebih 300,000 kes baharu setiap hari selama beberapa minggu terakhir.

Jumlah kes aktif di negara itu sekarang adalah 3,516,997, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian pada Isnin.

Iklan

Lebih 182 juta penduduk telah divaksin di seluruh negara sejak awal pelancaran vaksinasi pada 16 Januari tahun ini, kata kenyataan itu.

Pada 1 Mei, fasa ketiga vaksinasi Covid-19 dimulakan untuk kumpulan berumur 18 tahun ke atas namun terjejas berikutan kekurangan vaksin.

Iklan

Selain itu kekurangan bekalan perubatan penting termasuk oksigen perubatan juga menjadi cabaran kepada kerajaan. - Bernama