MDKL sita 33 kilang plastik haram
Iklan
SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah mengambil tindakan menyita 33 buah kilang kitar semula plastik yang dilapor beroperasi tanpa lesen di daerah Kuala Langat.
Pegawai Komunikasi Korporat MDKL Mohamad Kamal Mohd Ramlan berkata, kesemua kilang tersebut tidak lagi beroperasi berikutan pemotongan bekalan air dan elektrik di samping penyerahan borang tempoh pengosongan kilang kepada pemilik terbabit.
Iklan
Iklan
"Sehingga kini, 20 buah kilang telahpun dibersihkan sepenuhnya, manakala baki 13 masih dalam proses pembersihan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 13 Februari lepas, yang memetik laporan BBC bahawa terdapat 33 kilang haram di sekitar Jenjarom, Kuala Langat berdekatan kawasan ladang kelapa sawit dan berdekatan dengan pekan.
Iklan
Laporan itu turut menyatakan ramai penduduk di kawasan sekitar mengalami masalah kesihatan kesan daripada kegiatan pembuangan sampah di kawasan kilang berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamad Kamal berkata, Jabatan Alam Sekitar juga telah menyita 75 mesin memproses plastik dari kilang terbabit yang kini dalam peringkat pendakwaan di mahkamah.
Iklan
"Selain itu, seramai 60 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di kilang terbabit turut ditahan pihak berkuasa," katanya.
Menurut beliau lagi, penyitaan kesemua 33 kilang tersebut dilakukan menerusi empat siri operasi bersepadu bersama jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Selangor, bermula 24 Julai 2018 sehingga 4 Oktober 2018. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>