569 individu ditahan ingkar SOP
Iklan
Ismail Sabri
SHAH ALAM - Seramai 569 individu ditahan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada Ahad.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 455 daripadanya dikompaun, manakala 103 lagi direman.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah gagal merekod butiran diri dan mendaftar masuk premis menerusi MySejahtera membabitkan 127 kesalahan, selain tidak memakai pelitup muka (103), tiada penjarakan fizikal (65) dan lain-lain kesalahan (274).
"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan sebanyak 64,829 pemeriksaan pada hari ini (Ahad) bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata, seramai 3,389 pasukan pematuhan membabitkan 15,001 anggota telah membuat pemantauan di 4,163 pasar raya, restoran (4,835), kilang (2,494), bank (3,671), pejabat kerajaan (807) dan penjaja (2,374).
"Turut dipantau ialah pasar awam dan pasar tani (1,735), tempat ibadah (3,179), tempat riadah (1,740), terminal pengangkutan darat (1,922), terminal pengangkutan air (358) dan terminal pengangkutan udara (107),” katanya.
Iklan
Ismail berkata, kesemua 50 orang warga asing yang menjalani ujian saringan pada Ahad didapati negatif Covid-19.
Katanya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, secara keseluruhan seramai 694,534 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 melibatkan 35,934 majikan.
"Daripada jumlah itu, seramai 10,280 orang telah disahkan positif Covid-19, manakala 684,254 lagi adalah negatif. Sehingga kini sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” ujarnya.
Ismail turut memaklumkan bahawa sebanyak 676 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Ahad dengan kesemuanya telah dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.
Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.
Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.