BESUT - Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar susulan dakwaan mengadakan majlis rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 PU (A) 225/2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).