Pencerobohan zionis Israel satu kesilapan
Iklan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan bahawa tindakan Israel menceroboh kawasan Sheikh Jarrah, Masjid Al-Aqsa dan menghalau penduduk Palestin adalah satu kesilapan.
Jelasnya, walaupun pendatang tersebut mempunyai senjata, namun masih sukar untuk berlawan dengan penduduk Palestin yang mempunyai sifat tidak menyerah kalah kerana hanya menggunakan tangan kosong, batu dan tanpa senjata untuk menentang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, terdapat juga demonstrasi dan kebangkitan yang dilakukan di Jordan, Lubnan, Syria, Mesir dan juga sekeliling Palestin untuk memberikan sokongan.
"Kita sangat gembira kerana rakyat-rakyat Arab di sekeliling Palestin mendukung dengan semangat yang kuat, tidak lemah seperti mana kerajaan-kerajaan mereka.
Iklan
"Iran membekalkan segala senjata dan kewangan, bahkan membekalkan pemimpin-pemimpin tentera mereka untuk membantu Palestin. Kita mengharapkan Iran dan Turki bergabung kekuatan Islam untuk menghadapi cabaran baharu ini.
"Alhamdulillah, pertembungan yang berlaku di Palestin dan Gaza hari ini banyak berpihak kepada Palestin. Israel gagal menundukkan Hamas dan Tanzim Jihad,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestine pada Sabtu.
Iklan
Selain itu, menurut Presiden Pas tersebut, gencatan senjata oleh Amerika dan kuasa besar dunia akan berlaku bagi mempengaruhi negara Islam.
Katanya, ini kerana, serangan roket yang dilakukan Palestin sudah berjaya menembusi pertahanan Israel yang dikenali Iron Dome yang bertujuan melindungi mereka.
"Kita mengharapkan supaya kemenangan ini dapat ditingkatkan lagi dari masa ke masa, sehingga kita dapat menunjukkan bahawa Islam itu ialah suatu kekuatan ummah yang mesti ditegakkan,” ujarnya.
Beliau mengharapkan agar kerajaan Malaysia dapat dengan proaktif mendukung perjuangan Palestin dalam mempertahankan kedaulatan, sahsiah, dan menentang musuh yang paling besar tersebut.
Sementara itu, menurut Pengerusi #Aid4Palestine, Muhammad Khalil Abdul Hadi, sebanyak 92 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bersama-sama menjayakan kempen tersebut.
Jelasnya, dana sebanyak RM1 juta telah berjaya dikumpul sebelum majlis pelancaran tersebut diadakan.
"Kami akan pastikan setiap dana ini disalurkan dengan baik. Sekarang ini, tiga fokus kami ialah pendidikan, kesihatan dan juga kebajikan.
"Untuk pastikan ia dijalankan dengan penuh amanah, kita dah kenal pasti rakan kita di sana untuk bantu menyalurkan bantuan dan sumbangan ini kepada pihak yang betul,” ujarnya.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke Muslim Care Palestin melalui akaun Maybank 564490211159, Yayasan Amal Malaysia melalui Bank Islam 13053010006474 dan Cakna Palestin melalui Maybank 553038033881.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>