KLSCAH bantah tindakan zalim Israel terhadap rakyat Palestin

Iklan

SHAH ALAM – Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) membantah tindakan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin yang melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

KLSCAH dalam satu kenyataaan pada Sabtu berkata, di sebalik ketegangan di semenanjung Gaza, ribuan rakyat Palestin tetap menunaikan sembahyang pada hari-hari terakhir Ramadan.

Iklan
Iklan

"Tentera Israel telah melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei.

"Sebanyak 200 jemaah termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan akibat serangan berterusan pihak Israel,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Menurut KLSCAH, pihaknya bimbang bahawa konflik antara kedua-dua pihak yang berlaku pada bulan Ramadan lalu akan mencetuskan perang berskala besar sejak peperangan Gaza yang berlaku pada 2014.

"Pihak Israel telah melancarkan serangan terhadap kawasan Gaza susulan tembakan roket oleh pejuang Hamas.

Iklan

"Menurut laporan pihak Gaza, terdapat sekurang-kurangnya 103 nyawa (rakyat) Palestin terkorban di Gaza termasuk 38 orang wanita dan kanak-kanak serta 58 orang tercedera akibat serangan Israel manakala tujuh maut di Israel sejak 10 Mei lalu,” katanya.