Dana Palestin guna akaun parti: Pemuda Pas bidas Syed Saddiq

Iklan
Laporan kenyataan Syed Saddiq persoal Pas guna akaun parti untuk kutipan dana Palestin pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pemuda Pas membidas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kenyataan yang mendakwa Pas menggunakan akaun parti untuk menerima sumbangan bagi membantu rakyat Palestin.

Ketua Penerangannya, Nazir Helmi berkata, ia sudah menjadi kebiasaan parti tersebut untuk menyerahkan sumbangan mengikut kawasan dan negeri.

Iklan
Iklan

"Kutipan dibuat daripada ahli cawangan, dikumpul ke kawasan dan dimasukkan ke negeri dan seterusnya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk disalurkan terus ke Palestin.

"Memang ada akaun yang disediakan untuk bantuan yang bukan daripada parti contohnya Muslim Care, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu menurut Nazir, Pas cawangan, kawasan dan negeri berlumba-lumba untuk mendapatkan sumbangan paling banyak sebagai motivasi membuat pahala.

Katanya, jika diletakkan sasaran namun tidak mencukupi, dana sedia ada akan ditambah untuk mencapai sasaran.

Iklan

"Mungkin YB (Yang Berhormat) tak biasa beroperasi dan mempunyai pengalaman dalam struktur organisasi, maka benda ni agak pelik untuk pihak YB lihat perkara ini.

"Insya-ALLAH Pemuda Pas boleh kongsikan ilmu organisasi ini bagi memberi pengalaman baru untuk urus parti MUDA (Ikatan Demokratik Malaysia),” katanya.

Pada Sabtu, Syed Saddiq yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan mempersoalkan tindakan Pas yang menggunakan akaun bank parti berkenaan untuk menerima dana serta sumbangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Merasakan parti politik tidak perlu menjadi orang tengah, Syed Saddiq menggesa orang ramai ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian melalui pertubuhan-pertubuhan sedia ada yang mendapat pengiktirafan.