Sanusi buka bidaan keretanya untuk tabung Palestin
Iklan
Kereta milik Muhammad Sanusi yang boleh dibida orang ramai dan hasil bidaan sepenuhnya disumbang ke tabung Palestin.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor membuka bidaan kepada kepada orang ramai untuk membida kenderaan miliknya bagi mengisi tabung misi bantuan umat Islam di Palestin.
Menurutnya, bidaan kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) itu dibuka pada harga rizab RM55,000 dan hasil bidaan sepenuhnya akan dimasukkan ke akaun #aid4palestin.
Iklan
Iklan
"Kereta ini sahaja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat dekat kereta ini tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Muhammad Sanusi berkata, bidaan itu turut dimaklumkan menerusi laman Facebook miliknya agar maklumat itu dapat disebarkan dengan cepat.
Iklan
"Saya beli kereta itu tahun 2018 dengan harga RM60,000. Untuk bagi elok macam ini pun habis sekitar RM25,000,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, kenderaan itu berada dalam keadaan baik dan tidak perlu diperbaiki lagi sekiranya dibeli pembida.
Iklan
"Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Bidaan ini dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik bidaan ditutup pada 18 Mei, jam 3 petang,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>