Solidariti, doa senjata bantu rakyat Palestin
Iklan
Mohd Sharkar Shamsudin
KUANTAN - Umat Islam di negara ini disaran menyebarkan mesej keamanan dan keselamatan sebagai pendirian terhadap isu keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, umat Islam perlu bertindak bersama mematahkan naratif keganasan dan agresif yang sekian lama mencengkam Palestin dengan menyebarluaskan naratif positif.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sokongan padu yang berterusan kepada rakyat Palestin perlu untuk mencapai kebebasan mutlak negara itu daripada penjajahan haram Israel.
"Usaha berterusan sedemikian penting ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Iklan
"Justeru, umat Islam khususnya di negara ini perlu terus bersolidariti bersama rakyat Palestin yang tertindas," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.
Mohd Sharkar berkata, menerusi solidariti daripada masyarakat Islam mampu membantu rakyat Palestin bersemangat meneruskan hidup di tanah tumpah darah mereka.
Iklan
"Walaupun tidak dapat bersama dengan saudara kita di Palestin, gunakan senjata doa agar kemenangan akan diberikan kepada mereka suatu hari nanti mengikut ketetapan dan perancangan ALLAH SWT," katanya.
Beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri berkata, isu keganasan Rejim Zionis di Palestin kian meruncing.
"Sebagaimana yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Palestin, setakat ini serangan udara Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza telah membunuh 83 warga Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan lapan wanita.
"Sementara itu, 487 orang dilaporkan cedera sejak serangan bermula lebih dari dua hari yang lalu," ujarnya.
Tambah beliau, tentera Israel sendiri mengakui telah menyerang Gaza lebih 600 kali, sementara pejuang Hamas telah menembak lebih dari 1,600 roket ke arah Israel dengan kebanyakannya dipintas dan dimusnahkan.
"Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan pertolongan kepada pejuang jihad Palestin bagi menentang kezaliman Zionis Israel laknatullah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>