KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Wong Sai Wan atas pemergian Ketua Pengarang Malay Mail itu pada Jumaat.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian mendiang dan berharap seluruh keluarga mendiang dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.