PERSATUAN Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) menjadi ahli gabungan keempat menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuat kuasa Rabu.
Presiden Pestak, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah menerusi surat yang dihantar kepada Timbalan Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz menyatakan keputusan itu berikutan hilang keyakinan terhadap kredibiliti PSM sebagai badan induk di peringkat kebangsaan.