MIROS minta masyarakat henti guna 'dummy buckle'
Iklan
Penggunaan dummy buckle boleh mengakibatkan mangsa terkena hentakan kuat pada stereng dan papan pemuka kenderaan atau tercampak keluar daripada kenderaan jika berlaku kemalangan. - Gambar hiasan Foto 123RF)
KUALA LUMPUR - Orang ramai diseru agar tidak menggunakan aksesori dummy buckle sebagai alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar, kerana berisiko menyebabkan ciri keselamatan utama kenderaan tidak berfungsi dengan baik ketika kemalangan.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), penggunaan aksesori itu berisiko menyebabkan komponen keselamatan kenderaan seperti beg udara tidak berfungsi pada tahap optimum dan tidak mampu melindungi pemandu dan penumpang dalam kemalangan.
Iklan
Iklan
Kajian MIROS pada 2020 menunjukkan lebih 12 peratus pemandu kenderaan pernah menggunakan aksesori itu dan jika ia tidak dicegah dari awal, peratusannya akan terus meningkat saban hari.
Prihatin terhadap isu tersebut, MIROS dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menjalankan usaha kolaboratif bersama dalam menerapkan mesej keselamatan jalan raya melalui satu video pesanan khidmat masyarakat yang memfokuskan kepada isu penyalahgunaan aksesori tali pinggang keledar tiruan atau dummy buckle.
Iklan
"Dummy buckle dilihat menjadi kegilaan dalam kalangan pemandu kenderaan apabila aksesori ini mudah didapati di kedai serbaneka juga melalui portal jualan dalam talian kerana harganya yang murah.
"Sekiranya kemalangan berlaku, penggunaan dummy buckle boleh mengakibatkan mangsa terkena hentakan kuat pada stereng dan papan pemuka kenderaan atau tercampak keluar daripada kenderaan dan seterusnya boleh menyebabkan kematian,” menurut kenyataan MIROS pada Rabu.
Iklan
Video itu boleh ditonton melalui saluran televisyen terpilih serta sosial media MIROS dan Finas selain menerusi pautan https://cloud.miros.gov.my/cloud/index.php/s/TXQKWbzmLdkSbNp. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>