Pelaburan luar Malaysia catat aset bersih RM106.4 bilion
Iklan
Kedudukan pelaburan DIA merekodkan nilai lebih tinggi sebanyak RM539.8 bilion berbanding RM518.8 bilion pada suku tahun lepas.
[INFOGRAFIK] Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Malaysia mencatatkan kedudukan aset bersih lebih tinggi RM106.4 bilion berbanding RM67.5 bilion pada suku tahun keempat (ST4) lepas, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
"Jumlah aset kewangan meningkat kepada RM2,020.1 bilion manakala jumlah liabiliti bernilai RM1,913.7 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kedudukan pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan nilai lebih tinggi RM539.8 bilion berbanding RM518.8 bilion pada suku tahun lepas.
Jelasnya, pelaburan berkenaan melibatkan aktiviti kewangan sebanyak 43.6 peratus, perlombongan dan pengkuarian (13.6 peratus) dan Pertanian (9.2 peratus).
Iklan
"Pada akhir Suku Tahun Pertama (ST1) 2021, kedudukan DIA didominasi rantau Asia dengan nilai kumulatif RM281.7 bilion yang mana Singapura (21.1 peratus) dan Indonesia (9.2 peratus) kekal sebagai destinasi utama DIA,” katanya.
Sementara itu, katanya, kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia juga meningkat kepada RM713.4 bilion daripada RM698.8 bilion pada suku tahun sebelumnya.
Iklan
"Sektor Pembuatan merupakan penyumbang terbesar dengan sumbangan 39.3 peratus, diikuti aktiviti kewangan (24.3 peratus) serta perdagangan borong dan runcit (6.2 peratus).
Dr Mohd Uzir berkata, Rantau Asia memegang kedudukan FDI terbesar dengan jumlah RM389.9 bilion (54.6 peratus), terutamanya dari Singapura (21.8 peratus), Hong Kong (12.2 peratus) dan Japan (10.9 peratus).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>