Pilihan raya dapat stabilkan ekonomi: Najib
Iklan
Najib Razak
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat pilihan raya dilihat sebagai satu pilihan untuk menstabilkan ekonomi negara ini.
Menurutnya, sekiranya berlakunya sekali lagi pertukaran kerajaan dalam jangka masa pendek, ia akan lebih banyak memberikan masalah kepada orang ramai.
Iklan
Iklan
"Kalau kita nak tukar kerajaan (atau) lompat parti, ia tidak jadi. Cerita (ketidakstabilan) itu jadi ulang balik.
"Walaupun kita tukar pemimpin, tetapi ketidakstabilan itu masih lagi kekal dalam Parlimen dan sistem demokrasi kita.
Iklan
"Jadi, lambat laun penyelesaian yang terbaik ialah mengadakan pilihan raya bila sampai pada masanya,” katanya menerusi wawancara ‘UMNO: Antara Realiti dan Harapan Baharu’ yang disiarkan menerusi Facebook UMNO Online pada Ahad.
Ahli Parlimen Pekan itu turut mengharapkan agar rakyat memberi mandat yang meyakinkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Iklan
"Kalau undi kita berpecah, akhirnya tidak ada parti yang menjadi induk dan tak ada penyelesaian juga.
"Rakyat mesti bersama dengan kita bukan sahaja nak pilihan raya tetapi pilihan raya untuk menentukan kerajaan yang stabil,” katanya.
Menurutnya, untuk mendapat kerajaan yang stabil, rakyat perlu memberikannya kepada sebuah parti induk.
"Kalau undi kita berpecah, ceritanya ulang balik,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>