Yuran keahlian hanya RM25

Iklan
Pelajar MRSM Arau menyertai program “Bazar Ramadan Nuri Teenpreneurship" yang diadakan baru-baru ini. (Gambar kecil: Syed Abdul Aziz Syed Hassan)

SHAH ALAM- Kelab Nuri Bank Rakyat memperkenalkan ciri baharu iaitu pengurangan yuran keahlian sebanyak RM25 berbanding RM50 sebelum ini dan tiada yuran pembaharuan bagi tahun berikutnya.

Bank Rakyat berkata, dengan yuran serendah RM25 sahaja, ahli Kelab Nuri layak mendapatkan pelbagai manfaat keahlian serta peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.

Iklan
Iklan

Menurut Bank Rakyat, kelab berkenaan yang telah memasuki tahun ke-14 menampilkan ciri terbaharu dengan pelbagai kemudahan serta keistimewaan bagi membolehkan ahlinya menikmati pakej dan tawaran eksklusif.

"Selain itu, pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan merupakan ahli Kelab Nuri berpeluang untuk mendapatkan insentif pendidikan melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM160,000 di bawah program"Nuri High Achiever”.

Iklan

"Ahli kelab turut layak untuk mendapatkan perlindungan takaful sehingga RM2,000 selain dapat menikmati diskaun eksklusif daripada 16 rakan dagang sedia ada antaranya Petrosains, Aquaria, Melaka Wonderland, Taman Mini Malaysia dan Kedai Canggih,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bank Rakyat berkata, menjelang Jun tahun ini, Kelab Nuri menyasarkan untuk bekerjasama dengan 50 rakan dagang aktif bagi menawarkan lebih banyak manfaat kepada ahli kelab.

Iklan

Sementara itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, ibu bapa dan pelajar perlu mengambil peluang dengan memanfaatkan insentif pendidikan yang ditawarkan untuk ahli Kelab Nuri.

"Bank Rakyat juga giat dalam menganjurkan inisiatif terhadap pembangunan modal insan negara serta melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi menerusi bantuan pendidikan dan aktiviti berunsurkan pembelajaran,” katanya.

Pada 30 April dan 5 Mei lalu, bank berkenaan mengadakan program"Bazar Ramadan Nuri Teenpreneurship" di tiga buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) iaitu MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka, MRSM Arau, Perlis dan MRSM Kuantan, Pahang.

"Bazar Ramadan Nuri Teenpreneurship” ini yang disertai oleh lebih 2,200 pelajar, berkonsepkan hari kantin sekolah yang mana mereka diberikan modal untuk berniaga dan membuka gerai masing-masing dalam kawasan sekolah.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Nuri boleh mendaftar di cawangan Bank Rakyat atau melayari laman sesawang rasmi Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my serta kunjungi laman media sosial rasmi myBANKRAKYAT.