'Awie sudah bayar denda'

Iklan
Video itu memaparkan Awie dan beberapa individu melanggar SOP ketika menghadiri upacara misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka yang melibatkan pengayuh beca.

SHAH ALAM - Penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Ahmad Azhar Othman yang lebih dikenali sebagai Awie yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini sudah membayar denda terhadap kesalahan yang dilakukan itu.

Perkara itu disahkan pengurusnya, Mubarak Akhtar seperti yang dilaporkan Portal The Star pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda," katanya.

Pada pagi 9 Mei, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terlibat dalam video tular membabitkan Awie itu.

Iklan

Katanya, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan polis mengenai satu video klip berdurasi 42 saat yang tular di media sosial.

Video itu memaparkan Awie dan beberapa individu melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika menghadiri upacara misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka yang melibatkan pengayuh beca.

Iklan

Menurut Mubarak, aktiviti membabitkan misi untuk membantu pengayuh beca tersebut.

"Mereka meminta Awie menyanyi tetapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi kami memainkan video muzik di bahagian depan,” jelasnya.

Mubarak memaklumkan penyanyi itu kemudian berdiri di sebelah mejanya dan dikerumuni oleh pengayuh beca yang menyertai program itu.

ARTIKEL BERKAITAN Polis panggil Awie beri keterangan video tular