Nicol dilantik duta jenama Fitness Concept

Iklan
Dari kiri, Pengasas Bersama Nicol David Organisation, Mariana de Reyes, Nicol, Au Yong dan Pengerusi Kumpulan, Bernard Au Yong pada Majlis Menandatangani Duta Jenama Fitness Concept, baru-baru ini.

SHAH ALAM - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dilantik sebagai duta jenama Fitness Concept untuk membantu menguatkan jenama tersebut dan menggalakkan orang ramai menjalani gaya hidup yang sihat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Au Yong berkata, Nicol telah merekodkan pelbagai kejayaan di peringkat dunia dan beliau telah bersara sejak tahun 2019.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Nicol kini membangunkan Nicol David Foundation untuk mendekati generasi muda dan menjadikan sukan mudah untuk diakses oleh kanak-kanak sekali gus dapat meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan.

"Kami gembira Nicol sebagai duta kami dan beliau ikon yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa yang penting beliau menjadi model yang menampilkan imej yang terbaik dan akan memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Iklan

"Antaranya dengan melakukan latihan yang mudah seperti berjalan di atas ‘treadmill’, ‘skipping’ dan sebagainya. Meskipun vaksin Covid-19 sudah ada, kita akan terus mengingatkan orang ramai mengenai kehidupan yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pelantikan Nicol akan menguatkan lagi jenama dan imej Fitness Concept Specialist Chain Store sebagai pusat kecergasan pilihan utama di Malaysia.

Iklan

"Fitness Concept ialah peneraju kecergasan sejak tahun 1983 dan kami berkeyakinan kecergasan bermula dari rumah. Kami mahu mendorong rakyat Malaysia untuk mencari masa dan melakukan senaman bersama kami yang dikenali sebagai penyedia penyelesaian kecergasan.

"Kami menyediakan kelengkapan bersukan yang berkualiti buatan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik. Buat masa ini, kami mempunyai 47 cawangan di seluruh negara,” katanya.

Fitness Concpt telah diberikan pengiktirafan sebagai ‘Largest Fitness Specialist Chain Store oleh Malaysia Book of Records dan ‘Asia’s Largest 4S Integrated Centre’.