Ziarah hari raya dibenarkan kecuali di kawasan PKPD
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penganjuran rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara tahun ini tidak dibenarkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, ziarah hari raya bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang mengikut kawasan rumah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal," katanya.
Bagaimanapun katanya, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala bagi kawasan PKPP tetamu tidak melebihi 25 orang.
Iklan
"Bagi kawasan PKPD, mereka tidak dibenarkan melakukan ziarah hari raya, hanya keluarga dalam rumah sahaja yang dibenarkan,” jelas beliau.
Sementara itu, untuk aktiviti ziarah di tanah perkuburan, ia hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja dengan syarat enam orang bagi satu lot atau petak kubur dengan masa lawatan tidak melebihi 30 minit.
Iklan
Ismail berkata, aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan di bawah PKP dan PKPD.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>