Tergamak jual anak kandung untuk bercuti dengan isteri baharu

Iklan
Lelaki itu didakwa menjual anak lelakinya Jiajia untuk meringankan beban penjagaan. Gambar hiasan

ZHEJIANG - Seorang lelaki di China dituduh menjual anaknya yang berusia dua tahun dan menggunakan wang itu untuk pergi bercuti dengan isteri baharunya.

Dalam kejadian dilaporkan di Zhejiang, lelaki itu didakwa menjual anak lelakinya Jiajia untuk meringankan beban penjagaan, lapor South China Morning Post pada Rabu.

Iklan
Iklan

Difahamkan lelaki itu, yang dikenali sebagai Xie, sering bertengkar dengan isteri pertamanya menyebabkan mereka memilih untuk berpisah.

Selepas bercerai, Xie diberi hak penjagaan anak lelaki itu manakala bekas isterinya mendapat hak jagaan anak perempuan mereka.

Iklan

Xie bagaimanapun tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menjaga Jiajia setelah bekerja di bandar lain.

Dia terpaksa meninggalkan anak lelakinya untuk dijaga adiknya Lin dan ahli keluarga lain di bandar Huzhou.

Iklan

Namun Xie pulang bulan lalu untuk mengambil semula anaknya atas alasan mahu dibawa bertemu bekas isterinya.

Beberapa hari kemudian Lin mendapati anak saudaranya itu tidak pernah tiba di rumah ibu kandungnya.

Selepas puluhan kali cubaan Lin menghubungi abangnya tidak dijawab, Lin melaporkan perkara itu kepada polis.

Polis memaklumkan siasatan awal mendapati Xie telah menjual anak kandungnya kepada pasangan tanpa anak di Changshu dengan harga 158,000 yuan (kira-kira RM100,200).

Wang hasil jualan itu digunakan untuk membawa isteri baharunya bercuti di seluruh negara, kata jurucakap polis.

Xie dan isteri baharunya kini berdepan dakwaan melakukan jenayah paksaan dan anaknya Jiajia dikembalikan semula kepada bapa saudaranya Lin. - Astro Awani