Mesyuarat khas Perikatan Nasional ditangguhkan

Iklan

SHAH ALAM - Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung petang ini ditangguhkan ke tarikh lain dan akan dimaklumkan kemudian.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan alasan penangguhan tersebut.

"Sepatutnya mesyuarat PN berlangsung di Pejabat PN di Publika, jam 5 petang semalam, tetapi ditangguhkan. Tarikh baharu belum dimaklumkan,” katanya.

Iklan

Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat pada petang ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini.

Nasib menteri dan timbalan menteri UMNO juga dipercayai menjadi fokus perbincangan dalam mesyuarat tersebut sama ada mereka ingin kekal bersama PN atau meletak jawatan dan meneruskan perjuangan bersama parti itu.

Iklan

Mesyuarat tersebut dijangka bermula jam 5 petang di Pejabat PN di Publika dan dijangka dihadiri seramai 17 kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

ARTIKEL BERKAITAN: PN adakan mesyuarat khas petang ini