DAP bentuk jajaran baharu bersama parti lain dalam diam: Wan Saiful

Iklan
WAN SAIFUL

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa DAP membentuk satu jajaran baharu bersama parti lain secara dalam diam.

Menurutnya, parti tersebut tidak akan menjadi kerajaan jika berseorangan dan tidak bersama parti lain.

Iklan
Iklan

"Menariknya, pemimpin pusat DAP, Senator Liew Chin Tong memetik idea ‘big tent’ atau khemah besar sebagai asas untuk DAP kembali memerintah negara kita.

"Konsep khemah besar ini melambangkan bahawa DAP tidak keseorangan. Ada kawan-kawan yang mesti bersama dalam jajaran baru khemah besar DAP.

Iklan

"Soalan saya ialah, siapa yang akan bersekongkol dalam khemah besar jajaran baru yang menjadi strategi DAP ini?” soalnya dalam satu hantaran pada Ahad.

Pada Ahad, Liew Chin Tong berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) parti itu tidak lagi masuk bertanding sebagai parti pembangkang.

Iklan

Beliau berkata sebaliknya, DAP bertanding sebagai parti yang mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, kenyataan itu menggambarkan keyakinan bahawa DAP akan kembali memerintah Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar aliran kiri yang menjadi ideologi DAP.

Katanya, ia berkemungkinan terdapat strategi yang dirahsiakan komposisi dan perjanjian jajaran baharu sebelum PRU15 untuk mengelabui mata rakyat namun akan dinyatakan selepasnya.

"Adakah memecahbelahkan undi Melayu dan membiarkan tokoh politik Melayu menyucikan imej DAP juga menjadi strategi memenangkan khemah besar DAP ini?

"Saya juga melihat DAP sekarang ini sudah tidak banyak rungutan seperti dulu. Tapi dalam diam, tiba-tiba sahaja DAP menzahirkan keyakinan bahawa mereka adalah kerajaan menanti,” katanya.