MARA lancar lagu raya 'Raya Cara MARA'

Iklan
Poster Raya Cara MARA.

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melancarkan lagu raya bertajuk 'Raya Cara MARA' untuk mempromosikan jenama pembangunan keusahawanan serta memberi sokongan kepada perkembangan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawahnya.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Datuk Zulfikri Osman berkata, video klip lagu raya itu bukan sahaja untuk memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri malah mempromosikan program dan produk keusahawanan yang berada dalam pasaran.

Iklan
Iklan

Menurut Zulfikri, video pendek 'Raya Cara MARA' boleh disaksikan di https://youtu.be/WZp5Zh63mOs.

"Video berdurasi dua minit 30 saat itu membawa naratif sebuah keluarga yang membuat persiapan hari raya dan mendapatkan perkhidmatan serta pembelian daripada program keusahawanan Mara.

Iklan

"Ia juga memaparkan usaha kolaboratif Mara dengan pelbagai agensi dan organisasi lain dalam membangunkan produk usahawan MARA seperti Kedai Mesra Petronas yang membenarkan produk usahawan bumiputera dijual di outletnya di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Zulfikri berkata, MARA turut memaparkan beberapa program pembangunan usahawan di bawah kluster gaya hidup meliputi HIT Barber dan program rekaan fesyen di bawah MARA iaitu MARA in Fashion serta Program Beauty in Business (BiSS) yang baru sahaja di lancarkan baru-baru.

Iklan

"Video ini juga turut memaparkan program U.n.i. Klinik dan U.n.i Farmasi di bawah pembangunan usahawan profesional (ProSPEC) yang memberi peluang kepada ahli farmasi dan doktor perubatan untuk menceburi bidang perniagaan dalam bidang kepakaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, MARA juga telah mengadakan beberapa kerjasama dengan pemain industri utama dalam pemasaran yang menggunakan aplikasi atas talian seperti Shopee dan Dropee yang sesuai dengan trend jual beli pada masa ini.

"Program di bawah JanaNiaga ini merupakan satu platform pemasaran yang mempunyai elemen latihan bagi usahawan yang berminat untuk memasarkan produk secara fizikal dan atas talian.

"Secara keseluruhannya, MARA telah berjaya membangunkan 16 program khas keusahawanan bagi memacu pembangunan sekaligus merancakkan ekonomi masyarakat Bumiputera,” katanya.

Beliau berharap kempen #pilihusahawanlokal mendapat sambutan daripada orang ramai dan secara tidak langsung dapat membantu menaikkan jualan produk PKS bumiputera.