Kekosongan DUN Melor diisytihar selepas sijil kematian diperoleh

Iklan

KOTA BHARU - Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Yusnan Yusof pada Jumaat akan diisytiharkan selepas sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperoleh.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, setakat ini beliau belum memperoleh sijil kematian itu dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada SPR selepas menerima sijil berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya akan menghubungi SPR mengenai kematian ADUN Melor, Dr Md Yusnan Yusof. Sebaik dimaklumkan barulah pengisytiharan kekosongan kerusi bagi DUN itu akan saya lakukan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Melor meninggal dunia

Iklan

Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor di sini selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.

Iklan

Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan PRU14. - Bernama