Pegawai penguatkuasa jangan terburu keluar kompaun
Iklan
Mohd Redzuan Md Yusof
PUTRAJAYA - Pegawai penguat kuasa perlu memahami keadaan semasa dan tidak terburu-buru mengeluarkan sebarang kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah untuk mendidik pelaku agar sama-sama bertanggungjawab memerangi pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Kami (kerajaan) tidak mahu bebankan rakyat malah tindakan mengenakan kompaun bukanlah bertujuan menjejaskan kehidupan, sebaliknya mahu memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tinggi, nyawa selamat dan pelaku dapat muhasabah diri.
"Akta ini telah tentukan jumlah kompaun tetapi ada budi bicara untuk rayuan dan kurangkan kompaun,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian seminar ‘Cabaran Covid-19 Menurut Perspektif Islam’ dan pelancaran buku Fakulti Pengajian Islam (FPI) 2020/202, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara maya, pada Jumaat.
Iklan
Redzuan berkata, tindakan segelintir rakyat yang masih berdegil tidak mematuhi SOP menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes baharu Covid-19 kebelakangan ini.
Terdahulu ketika ucapan, Redzuan berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pakar dalam pelbagai bidang khususnya pengajian Islam bagi merungkai persoalan dalam isu berkaitan Covid-19.
Iklan
"Nasihat serta cadangan daripada ahli akademik yang berasaskan kajian adalah diperlukan seiring dengan langkah penguatkuasaan yang diambil kerajaan,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>