Kematian Covid-19 di Brazil melepasi 400,000
Iklan
MOSCOW - Sebanyak 3,001 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Brazil dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 401,186, kata Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Sputnik.
Jumlah kes yang disahkan di negara ini pula meningkat sebanyak 69,389 kepada 14,590,678 kes dalam tempoh yang sama.