Malaysia negara pertama rekod kes tinggi selepas laksana PKP: Najib

Iklan
Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan sebagai gagal mencapai objektif utamanya.

Menurutnya, ini kerana Malaysia negara pertama yang merekodkan kes tinggi selepas PKP berbanding di awal pelaksanaannya.

Iklan
Iklan

"Ramai tak sedar bahawa situasi semalam (Rabu) sebenarnya jauh lagi teruk berbanding masa darurat dan PKP 2.0 diisytiharkan.

"Oleh sebab PKP 2.0 separuh masak, tidak berjaya membendung Covid-19 sepenuhnya serta bantuan kerajaan yang suam-suam, ramai rakyat mula amat marah dengan kerajaan.

Iklan

"Langsung tak masuk akal tapi dibuat kerajaan juga. Walaupun diberi kuasa darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, kerajaan telah gagal dalam PKP 2.0 ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Tambah beliau, pada 2 Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan PKP 2.0 berakhir dan digantikan dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) walhal jumlah kes pada hari tersebut adalah sebanyak 2,528 berbanding 2,232 kes semasa darurat dan PKP 2.0 diisytihar.

Iklan

Beliau mendesak agar kerajaan melaksanakan langkah yang ‘pendek dan tajam’ iaitu amat ketat bagi tempoh dua minggu agar penularan dapat diputuskan dan penderitaan rakyat tidak berpanjangan.

"Sebab kesakitan jangka pendek adalah jauh lagi baik berbanding mudarat yang berpanjangan yang tak nampak jalan keluar.

"Saya bantah kuat dan kata ia langsung tidak masuk akal bahawa sektor-sektor kilang dan pembinaan yang menyumbang sebahagian besar kluster Covid-19 dibenarkan terus beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.0 tapi sektor-sektor lain yang tak ada kaitan dihukum pula.

"Seolah-olah kerajaan langsung tak serius untuk mengawal dan mahu situasi kes Covid-19 ini tetap tinggi,” ujarnya.