22 sekolah terima manfaat

Iklan
KSSB menyerahkan pelindung muka kepada sekolah terpilih.

SHAH ALAM- Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) tahun ini dengan memberikan sumbangan peralatan dan keperluan persekolahan kepada 22 sekolah yang terletak berhampiran tapak operasinya di sini.

KSSB dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat itu melalui Jabatan Komunikasi Korporat mengambil pendekatan berbeza untuk menyampaikan sumbangan kepada semua sekolah berkenaan dengan mengamalkan norma baharu berikutan pandemik Covid-19.

Pelajar mencuba mesin pembersih tangan automatik.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sebelum ini KSSB melaksanakan program Back To School dengan memberi sumbangan berbentuk peralatan persekolahan kepada pelajar asnaf.

"Bagaimanapun, pada tahun ini, KSSB mengambil inisiatif dengan menyumbangkan peralatan penyukat suhu automatik, pembersih tangan automatik, pelindung dan pelitup muka untuk setiap pelajar, guru serta kakitangan di sekolah yang berhampiran tapak operasi KSSB,” katanya.

Penyerahan sumbangan bantuan kelengkapan dan keperluan norma baharu kepada sekolah di Shah Alam.

Iklan

KSSB berkata, CSR itu bertujuan membantu pihak sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

"KSSB berkeyakinan sumbangan ini akan memberikan makna yang besar kepada pihak sekolah dalam memastikan norma baharu pembelajaran di sekolah dapat diteruskan.

Pelajar menunjukkan tanda bagus selepas menerima pelindung muka daripada KSSB.

Iklan

"KSSB juga akan meneruskan usaha merangsang sosioekonomi yang berterusan dengan memberi penekanan kepada aspek pendidikan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar demi kemakmuran negeri Selangor,” kata KSSB.

Sesi persekolahan secara bersemuka telah bermula pada 1 Mac lalu.