Peniaga putus urat siku kena tetak

Iklan
Mohd Zamri

BESUT- Seorang peniaga putus urat siku selepas ditetak dua lelaki bersenjatakan pedang yang dipercayai kerana dendam dalam kejadian di sebuah kedai keluli dan kimpalan milik mangsa di Kuala Besut di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lelaki berusia 36 tahun itu bukan sahaja mengalami putus urat sikut tangan kiri tetapi luka di dahi akibat perbuatan lelaki yang bertopeng dan memakai topi keledar.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum berlaku kejadian, mangsa berada bersama seorang pekerjanya berusia 36 tahun di kedai miliknya dekat Simpang Empat, Kampung Teluk Bayu.

Menurutnya, dua lelaki memegang pedang tiba-tiba masuk ke dalam kedai kemudian berlari ke arah mangsa lalu menetak mangsa yang tidak sempat melarikan diri.

Iklan
Iklan

"Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya.