Marsch ke Red Bull Arena

Iklan
Jesse Marsch

KELAB Bundesliga, RB Leipzig dilaporkan bersetuju dengan terma kontrak ditetapkan pengendali RB Salzburg, Jesse Marsch, menurut Kicker.

Jurulatih dari Amerika Syarikat itu bersetuju menggantikan Julian Nagelsmann yang bakal menyertai Bayern Munich selepas pengendali berusia 47 tahun tersebut menolak tawaran Eintracht Frankfurt dan Tottenham Hotspur.

Iklan
Iklan

Jawatan bersama Die Roten Bullen bakal menjadi yang ketiga buatnya bertugas bersama kelab disokong Red-Bull selepas tiga tahun bersama New York Red Bulls dan dua tahun di Salzburg.

Marsch sebelum ini pernah bersama RB Leipzig selama semusim ketika menjadi pembantu kepada Ralf Rangnick membantu kelab berkenaan ke final Piala Jerman dan kedudukan tiga teratas Bundesliga sebelum menyertai RB Salzburg pada 2019.

Iklan
Iklan

Kontrak Marsch bersama juara Austria tersebut bakal berakhir pada 2022.