KPWKM jayakan World #QuranHour
Iklan
Siti Zailah bergambar selepas ditemu bual mengenai sokongan World #QuranHour, Al-Quran Wakaf dan Quran Corner hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Buat julung kalinya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan turut menyertai penganjuran program World #QuranHour di peringkat kementerian pada 6 Mei depan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sambutan yang akan diadakan di Dewan Perdana Nur, KPWKM itu akan turut disertai agensinya dan badan kebajikan yang berdaftar di bawah kementerian.
Iklan
Iklan
"Selain sambutan di Dewan Perdana Nur, KPWKM akan turut memancarkan secara langsung menerusi aplikasi media sosial kementerian termasuk Facebook," katanya dalam sesi ditemubual mengenai Program World #QuranHour di sini pada Rabu.
Menurutnya, tadabbur surah Al-Mulk merupakan antara pengisian program pada sambutan itu.
Iklan
"Dalam World #QuranHour ini, kita bukan semata-mata membaca, tetapi mentadabbur Al- Mulk bagi memahami dan menghayati apakah perintah ALLAH SWT di sebalik surah itu serta apakah hikmah Nabi Muhammad SAW menyuruh kita membacanya sebelum tidur," katanya.
Beliau berkata, al-Quran merupakan satu panduan hidup yang lengkap dan perlu menjadi rujukan semua pihak.
Iklan
"Kita mahu semua kakitangan dan agensi KPWKM menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai budaya," katanya.
Siti Zailah berkata, sebagai tanda sokongan kepada program World #QuranHour, KPWKM telah mewujudkan Quran Corner di lobi kementerian.
"Quran Corner ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan KPWKM yang datang atas pelbagai urusan untuk membaca al-Quran sementara menunggu urusan mereka selesai," katanya.
World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dijadual diadakan secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya selama sejam bermula 12 tengah hari pada 6 Mei ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran"><meta itemprop="description" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-19T09:39:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaz0ice"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaz0ice"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaz0ice"></script>