Tambah baik SOP bazar Ramadan, Aidilfitri Lorong TAR
Iklan
Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberi beberapa cadangan terhadap penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di semua bazar Ramadan dan Aidifitri di sini.
Menurutnya, cadangan itu dikemukakan setelah tinjauan di tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri dibuat pada minggu pertama perlaksanaannya selain tular gambar kesesakan pengunjung di tapak tersebut.
Iklan
Iklan
Katanya, seramai hampir 20,000 pengunjung yang datang ke bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) direkodkan menerusi aplikasi MySejahtera.
"Antara perkara yang saya harap diperbaiki segera ialah penambahan penguatkuasa sukarela yang perlu menonjolkan identiti mereka dengan berpakaian sewajarnya supaya identitinya lebih tampak sebagai penguatkuasa.
Iklan
"Pengendali bazar juga perlu menitikberatkan jumlah pengunjung yang hadir ke tapak berkenaan supaya berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika ditemui pada Majlis Fitrah Kasih di Jakel Mall di sini pada Selasa.
Selain itu, Annuar turut mencadangkan mengehadkan masa pengunjung berada di tapak bazar selama 40 minit bagi mengelakkan terlalu ramai yang beratur di pintu masuk selain pengunjung juga didapati tidak mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain.
Iklan
Dalam pada itu, Annuar turut meminta agar semua barangan yang dijual di bazar terutama gerai-gerai yang menjual makanan hendaklah dibungkus dan diletakkan harga untuk menjaga kebersihan selain meletakkan pemisah di antara gerai di bazar Aidilfitri di Lorong TAR bagi memanfaatkan ruang sempit di kawasan tersebut.
Katanya, kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan khemah-khemah perlu dijarakkan dan akan memakan ruang tapak untuk menempatkan peniaga yang ramai.
"Saya harap semua peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri dapat memberikan kerjasama supaya tiada bazar ditutup dan boleh terus berniaga sehingga malam raya.
"Jika semua mematuhi SOP tersebut, semua tapak bazar di Kuala Lumpur boleh terus berniaga dan semoga pengendali, peniaga serta pengunjung di bazar Aidilfitri Jalan TAR dapat meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>