PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 10 Mei
Iklan
JPBN memutuskan untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sarawak mulai 27 April hingga 10 Mei. - Gambar hiasan
KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak mulai 27 April hingga 10 Mei.
JPBN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif Covid-19 di Sarawak yang masih tinggi.
Iklan
Iklan
Sementara itu, sebanyak empat kawasan masing-masing satu di Julau dan Betong serta dua di Sarikei telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.
"Kawasan terbabit ialah Rh. Mut, Nanga Maong, Sungai Mujok, Julau (19 April hingga 2 Mei); Rh. Robert, Ulu Paoh, Sarikei (21 April hingga 4 Mei); Rh. Jawa, Sungai Kerubong Selalang, Sarikei (22 April hingga 5 Mei); dan Kolej Tingkatan Enam, Saratok (23 April hingga 6 Mei),” menurut kenyataan itu.
Iklan
Selain itu, sebanyak lima kawasan dilanjutkan tempoh PKPD melibatkan Sungai Kawi, Sarikei (23 April hingga 6 Mei); Rumah Panjang Jugah, Sungai Bulat, Sarikei (24 April hingga 30 April).
Turut dilanjutkan ialah di Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan, Bintangor, Sarikei (24 April hingga 7 Mei); Rumah Panjang Jalan Bukut Balingian, Mukah (25 April hingga 8 Mei); dan Politeknik Mukah (25 April hingga 6 Mei).
Iklan
Hari ini terdapat 570 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak selain lima kes kematian baharu direkodkan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>