Banduan selamatkan bayi terperangkap dalam kereta
Iklan
TALLAHASSEE - AMERIKA SYARIKAT. Sekumpulan banduan di Florida menerima pujian netizen selepas membantu menyelamatkan seorang bayi perempuan terperangkap di dalam kereta yang terkunci.
Jurucakap pejabat sherif Pasco County, Kevin Doll berkata, ibu-bapa kepada bayi berusia 12 bulan itu pada mulanya mencadangkan kepada bomba supaya memecahkan cermin kereta jenis SUV itu kerana panik.