Pembangkang dakwa pengurusan sekolah hilang arah tuju
Iklan
Kes peningkatan Covid-19 yang semakin meningkat di beberapa buah sekolah menimbulkan keresahan pada pelajar, guru mahupun ibu bapa.
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan parti pembangkang mengiktiraf usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah dan guru di seluruh negara dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pengerusi jawatankuasa itu, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan bersama tujuh pemimpin lain berkata, pematuhan SOP dapat memastikan pendidikan terus berjalan demi kesejahteraan dan masa depan anak bangsa.
Iklan
Iklan
"Kami akur bahawa usaha mengekang Covid-19 dari merebak lantas memutuskan rantaian jangkitan wabak menuntut usaha bersepadu semua pihak tanpa kompromi.
"Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah ramai yang hilang arah dan punca apabila peningkatan kes (Covid-19) di sekolah tetapi mereka tidak dipersiap untuk pembelajaran di rumah (PdPR) di kala sekolah ditutup.
Iklan
Iklan
"Rakyat umumnya kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan terancang pihak kementerian berkaitan pendidikan,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan pada Sabtu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>