Proton labur lebih RM200 juta bina kilang baharu
Iklan
Proton melabur lebih RM200 juta bagi pembinaan kilang penghentakan badan kereta baharu di kilangnya di Tanjung Malim.
KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) melabur lebih RM200 juta bagi pembinaan kilang penghentakan badan kereta baharu di kilangnya di Tanjung Malim yang dijangka siap menjelang suku ketiga 2022.
Proton dalam satu kenyataan berkata kilang itu akan menempatkan jentera hentakan"Superlarge” untuk meningkatkan lagi kebolehan hentakan syarikat.
Iklan
Iklan
"Lebih penting lagi, perkembangan ini adalah sebahagian rancangan syarikat untuk menambah tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang,” katanya sambil kilang baharu itu merupakan sebahagian dari rancangan syarikat menaikkan taraf Tanjung Malim ke kilang pembuatan tahap dunia.
Syarikat itu berkata, Ia akan membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar dan selain daripada pelaburan ini, sebanyak RM1.2 bilion telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baru pada 2019.
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, penambahan baharu ini adalah sebahagian daripada strategi Proton untuk memastikan ia boleh terus berkembang.
"Ini bermakna syarikat akan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai model tetapi lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang bertaraf tinggi dan mempunyai teknologi baharu.
Iklan
"Haluan dan perkembangan masa depan Proton adalah jelas. Malaysia akan tetap menjadi pasaran utama tetapi syarikat perlu mempunyai kebolehan untuk bersaing di luar negara,” katanya.
Menurut Chunrong, fasiliti baharu itu amat penting kepada syarikat kerana ia membolehkan penambahan penggunaan komponen tempatan pada masa hadapan.
"Ini juga akan membolehkan Proton melibatkan lebih ramai vendor tempatan dalam proses pengeluarannya dan dengan demikian, mengembangkan lagi ekosistem automotif tempatan,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>