Surat layang: Polis panggil dua individu rakam keterangan
Iklan
JEMPOL - Polis memanggil dua individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes surat layang yang dihantar di Masjid Jamek Bahau sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kira-kira jam 10.30 pagi tular di media sosial berkenaan isi kandungan surat tersebut yang mengadu masjid itu sering mengeluarkan bunyi kuat dan ramai yang berkumpul menyebabkan Covid-19 meningkat.