Ops Noda: 18 wanita Vietnam dicekup
Iklan
JOHOR BAHRU - Seramai 18 wanita warga Vietnam berusia di antara 23 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan Ops Noda di Medan Selera Taman Sri Tebrau pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ketika serbuan pada jam 10.10 malam, beberapa wanita dipercayai pelayan pelanggan cuba melarikan diri.