India naikkan duti import terhadap barangan Pakistan
Iklan
MUMBAI - INDIA. India menaikkan duti import ke atas semua barangan dari Pakistan selepas ia menarik balik status istimewa hak perdagangan negara paling disukai (MFN) susulan serangan berdarah yang meragut nyawa puluhan tentera di Kashmir pada minggu lalu.
Menteri Kewangan, Arun Jaitley menerusi Twitter memaklumkan duti asas kastam terhadap kesemua eksport produk Islamabad ke New Delhi termasuk buah-buahan, garam, bahan api dan baja akan dinaikkan kepada 200 peratus dengan segera.