Lelaki conteng tembok nama sekolah ditahan

Iklan
Rakaman gambar kesan perbuatan vandalisme terhadap tembok nama SMK Pemai di Jalan Mak Chili, Kemaman pada Ahad. FOTO: Ihsan pembaca

KEMAMAN - Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan polis dipercayai terlibat kegiatan vandalisme iaitu menconteng tembok nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai dalam kejadian di Jalan Mak Chili, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki terbabit ditahan di kediamannya di Kampung Mak Chili jam 12.30 tengah hari pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Pihak polis menerima laporan daripada penyelia tapak projek sekolah terbabit jam 8 malam pada Ahad. Hasil siasatan awal kegiatan ini di percayai dilakukan antara jam 5 petang hingga 8 malam hari yang sama.

"Kita percaya kegiatan ini dilakukan suspek secara berseorangan dan pihak polis kini sedang menyiasat motif utama perbuatan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Hanyan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada harta benda awam.

Iklan

Sebelum ini tular di media sosial apabila beberapa pengguna laman Facebook memuat naik gambar tembok SMK Permai yang di conteng dan digantikan dengan nama SMK Mak Chili.

SMK Permai merupakan sebuah sekolah baharu yang kini masih dalam pembinaan dan belum diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Difahamkan, sebelum ini turut berlaku perdebatan nama sekolah itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak berpuas hati kerana sekolah berkenaan dinamakan SMK Permai sedangkan ia berada di Jalan Mak Chili, Kemaman.