Pukul pekerja berpuasa: Polis dalam proses sita harta suspek
Iklan
Sebelum ini polis merampas 100 kilogram jongkong emas dan 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta dalam rumah salah seorang suspek tersebut di Bukit Tinggi di sini. Gambar kecil: Arjunaidi
SHAH ALAM - Polis dalam proses menyita harta suspek utama yang terlibat dalam kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes ini juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 oleh Bukit Aman.
Iklan
Iklan
"Saya difahamkan polis dalam proses menyita harta dan sebagainya.
"Setakat ini, tiada juga bukti mengaitkan suspek terlibat dengan kongsi gelap, namun siasatan masih dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Ahad.
Iklan
Dalam perkembangan sama, menurutnya, suspek utama berusia 43 tahun kini telah disambung reman lima hari selepas diserahkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu.
Katanya, reman suspek ini bermula pada Ahad hingga Khamis.
Iklan
Sebelum ini, suspek utama ditahan reman tiga hari di Ibu IPD Dang Wangi selepas ditahan di sebuah lokasi di Klang, Selangor kira-kira jam 8.30 malam, Rabu susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.
Dalam kejadian jam 10 malam pada Selasa, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, sebelum dipukul dengan sebatang rotan serta diacu pistol.
Turut ditahan adalah empat individu yang merupakan pekerja kepada majikan tersebut. Kesemua mereka kini direman selama lima ke tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.
Selain itu, hasil serbuan pada Rabu di sebuah rumah seorang daripada suspek di Bukit Tinggi di Klang telah merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru, rotan yang digunakan untuk memukul kedua-dua mangsa selain membawa kepada penemuan 100 kilogram (kg) jongkong emas dan 12,500 not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM28.25 juta.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa
ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 'bodyguard' puasa: Polis rampas 100kg jongkong emas, wang RM28.25 juta
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.