Sekolah di kawasan PKP tidak ditutup: KPM

Iklan
Mah Hang Soon

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum bercadang untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pengoperasian sekolah pada masa ini didapati tidak berdepan sebarang masalah kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini cukup jelas menyatakan perihal SOP pengoperasian sekolah.

"Kalau semua pihak mengamati, melaksanakan dan mengikuti SOP yang sudah ditetapkan dengan secara sebaik-baiknya, maka saya percaya pengoperasian sekolah tidak akan menghadapi masalah yang besar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan untuk lukisan karya Master Cheng Shaoru's di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pelajar, namun penutupan kembali sekolah selepas hampir setahun tidak beroperasi boleh memberi kesan kepada pembelajaran.

"Dari segi pembelajaran bahasa mungkin masih boleh lagi 'catch up' lagi, tetapi subjek tertentu seperti Matematik dan Sains, jika tidak belajar mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran subjek seterusnya yang berkaitan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes Covid-19 membabitkan guru atau pelajar, jangkitan berlaku dari luar dan bukan dalam kawasan sekolah.

"Jadi dari segi risiko, sebaran atau merebaknya risiko jangkitan antara murid tidak tinggi berbanding di bazar, pasar raya dan sebagainya," katanya.

Terbaharu pada Rabu, kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan PKP selama dua minggu di tujuh daerah di Kelantan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP di tujuh daerah di Kelantan mulai Jumaat

PKP dilaksana di Sandakan