MAINS sedia kerjasama dengan NGO

Iklan
Abdul Aziz (tengah berbaju biru) menyampaikan duit raya kepada anak yatim yang diraikan pada majlis berbuka puasa.

PORT DICKSON - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sentiasa bersedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pengerusi MAINS, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, kerjasama itu juga bagi memastikan bantuan diterima oleh golongan sasar dan mengelakkan berlaku lambakan bantuan atau hanya kepada penerima sama.

Iklan
Iklan

Katanya, MAINS juga boleh memberi cadangan individu atau keluarga yang perlu dibantu berdasarkan maklumat yang diterima.

"Tapi kita pun tiada masalah jika NGO mahu melaksanakan program persendirian tetapi berharap sumbangan sampai kepada golongan sasar," katanya pada pemberita ketika ditemui pada program berbuka puasa di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya, tahun ini merupakan Ramadan kedua luar biasa disambut masyarakat Islam susulan Covid-19 yang turut menyebabkan sebahagian masyarakat terjejas.

Dalam pada itu ditanya pandangannya berkenaan tular seorang lelaki India yang membayar zakat fitrah, Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana boleh dianggap sedekah.

Iklan

Memetik laporan Astro Awani, Chandramogan Jasingo yang juga seorang penganut agama Hindu telah membayar zakat fitrah setiap bulan Ramadan di Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 10 tahun lalu.

"Hidup saya dulu bukanlah senang sebab itu saya sangat faham bagaimana kehidupan sebagai orang susah.”

"Saya juga dibesarkan di persekitaran budaya orang Melayu dan agama Islam, jadi agama Islam dan budaya orang Melayu bukan perkara asing dalam kehidupan kami sekeluarga,” katanya.