Polis ambil keterangan suami Zeti Akhtar berhubung dana 1MDB

Iklan
Zainuddin

KUALA LUMPUR - Polis mengambil keterangan suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Datuk Dr Tawfiq Ayman dirakam keterangan berhubung siasatan penerimaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

"Datuk Dr Tawfiq Ayman bersama anak beliau telah diambil keterangan di Menara KPJ, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Ini bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Zainuddin bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan jangan buat sebarang spekulasi sehingga siasatan polis selesai, seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia memandangkan kes masih dalam siasatan," katanya.

Iklan

Pada 3 Mac lalu, polis memaklumkan masih meneruskan siasatan terhadap Tawfiq berhubung penerimaan dana dikaitkan 1MDB yang dikatakan dalam akaun bank miliknya di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis masih teruskan siasatan terhadap Tawfiq