Muhyiddin kunjungi bazar Ramadan

Iklan
Muhyiddin mengunjungi salah satu gerai bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi bazar Ramadan di Presint 3 di sini pada Rabu.

Muhyiddin mengunjungi bazar berkenaan pada jam 5.10 petang dan meninjau gerai peniaga kira-kira 20 minit.

Iklan
Iklan

Beliau turut membeli juadah berbuka puasa, antaranya laksa dan kuih kaswi.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pagoh itu turut meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peniaga dan pengunjung bazar terbabit.

Iklan
Iklan