Polis masih siasat isu borang rentas negeri

Iklan
Arjunaidi

SHAH ALAM - Polis Selangor tidak akan berkompromi dalam kes melibatkan isu surat kebenaran rentas negeri yang didakwa melibatkan sebuah balai polis di daerah Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan mengambil tindakan jika ada anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, melalui kes yang didakwa melibatkan sebuah balai itu, siasatan mendapati terdapat penipuan tandatangan yang dilakukan dan kalau kita lihat borang itu boleh sahaja dimuat turun daripada internet.

"Sekiranya ada anggota yang terlibat, tindakan akan segera diambil," katanya dalam sidang akhbar selepas penyampaian surat penghargaan kepada empat anggota polis di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Shah Alam pada Isnin.

Iklan

Khamis lalu, satu borang rentas negeri kosong yang didakwa daripada Balai Polis Seksyen 6 di sini disahkan terdapat pemalsuan tandatangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, siasatan awal mendapati berlaku pemalsuan tandatangan Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6 tersebut

Iklan

Justeru, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.