Media diminta bantu terangkan fungsi, peranan APM
Iklan
Mohd Sallehhuddin Hassan (tengah) menyampaikan bantuan kepada pegawai daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani (kanan) untuk golongan Asnaf Tambunan di Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan kelmarin. - Foto Bernama
MALIAU BASIN - Pengamal media digesa membantu menyebarkan maklumat dalam menerangkan fungsi dan peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada masyarakat.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, usaha itu penting kerana banyak pihak masih tidak mengetahui peranan APM sehingga ada yang keliru dengan kehadiran anggota dan pegawai agensi itu di sesebuah lokasi.
Iklan
Iklan
"Orang ramai hanya kaitkan APM dengan operasi-operasi seperti menangkap ular, memusnahkan sarang tebuan, dan operasi menyelamatkan ketika musim banjir.
"Namun, hakikatnya peranan dan fungsi yang dimainkan oleh APM sangat besar demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat di negara ini,” katanya kepada pemberita pada Program APM bersama pengamal media Sabah di sini malam Ahad.
Iklan
Mohd Sallehhudin berkata, APM juga berperanan melatih seramai mungkin rakyat dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam, selain melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, harta benda sekiranya berlaku bencana.
Katanya, APM juga merupakan petugas barisan hadapan yang turut memainkan peranan besar dalam membendung penularan Covid-19 di negara ini.
Iklan
"Sejak awal penularan Covid-19, APM telah dikerahkan dan antara tugas mereka adalah menyelia individu yang dikuarantin selama dua minggu di pusat-pusat kuarantin seluruh negara,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>