Seorang maut, 7 terperangkap letupan lombong arang batu di China

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian di daerah Jinsha di wilayah Guizhou. - Foto Agensi

ANKARA - Seorang terbunuh dan tujuh yang lain terperangkap dalam kejadian letupan gas di sebuah lombong arang batu di barat daya China pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian di daerah Jinsha di wilayah Guizhou.

Iklan
Iklan

Sementara itu di utara China, tiga orang masih hilang selepas pelantar minyak di Teluk Bohai China terbakar Isnin lalu.

Menurut China National Offshore Oil Corporation (CNOOC), sekurang-kurangnya 102 orang terperangkap.

Iklan

Seramai 99 individu berjaya diselamatkan namun, tiga lagi mangsa masih hilang, kata syarikat itu pada Jumaat.

CNOOC berkata, api dapat dipadamkan pada Selasa, sehingga kini tiada tumpahan minyak atau pencemaran alam sekitar dikesan.

Iklan

Kejadian itu menyebabkan pengeluaran tahunan dijangka terjejas sekitar 600,000 tong, iaitu 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan. - Bernama